Masih lagi

Assalammualaikum..

Sepantas kaki melangkah..berlari sekalipun, tidak sehebat sepantas masa yang meninggalkan kita. 

Aku tertinggal jauh.. masih lagi terkapai-kapai mencari menempuh arus kehidupan, 
berbagai onak dan duri ditempuh..Namun , tanpa disedari kita telah lupa hakikat diri seorang Hamba, Dimana Allah..Dimana agama, jiwa dibiarkan tandus begitu sahaja. 

Dialog bersendirian.. Oh Tuhan, Apakah aku sudah semakin melupakan MU? Ahh.. apa lagi kerja yang belum dibereskan, selalu begitu kan 

Syaitan itu tidak pernah leka ..selalainya kita hamba. seperti patung permainannya sahaja.

Keluarga..itu segalanya, hanya itu kah?

sahabat? dimana sudah mereka... 

cita-cita dan impian .. masih mengira langkah untuk kesana, kelihatannya samar..tapi angkuh manusia, siapa tidak tahu.. seakan-akan dia yang menggenggam takdir sendiri. pelik kan.. 

kata hati yakinkan saja.. pasti ada sesuatu untuk aku nanti..kerna kita percaya Kasih Nya tidak pernah berubah!

Oh Tuhan.. Terima kasih sentiasa memberi harapan

Malu sendiri mengingat janji-janji.. 
langkah masih belum berhenti ..teruskan, selagi dipinjamkan segalanya..

Kebahagian dan ketenangan..Kau tidak akan mampu beli, sekalipun kau cipta segunung kejayaan tanpa Tuhan. 

Selamat berjuang! 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Insomniac!

2022 ~ Come Back!

.:: Aku anak Laut::.