Alhamdulillah~

Assalammua'alaikum warahmatullah~ & Salam sejahtera :-) 

Bertemu lagi diblog usangku :-) Alhamdulillah masih lagi kita bernafas dimuka bumi, syukur pada Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, masih memberi kita peluang dan ruang waktu untuk terus beribadah kepada Nya. Entah esok lusa kita tidak tahu, masihkah lagi ada ruang waktu untuk kita isi dengan amalan sehari-hari seperti hari ini.Wallahualam..


Jangan pernah putus asa, dimana pun kita harapan itu pasti ada!
JOM! sentiasa bermuhasabah dan ingat mengingatkan antara satu sama lain, dan semoga kita diantara kalangan orang-orang yang saling berpesan-pesan ke arah kebaikan. InsyaAllah~

Mood memang tengah serius ni -_-' nampak? Allahuakbar, tidak sangka begitu cepat masa  berlalu, ada beberapa bulan sahaja lagi untuk menamatkan tahun kedua pengajian saya, wahh..final year akan menyusul pulak! tidak lama lagi sahabat-sahabat saya yang lain akan konvo. ya Allah permudahkanlah segala urusan kami :-) Sesungguhnya Hanya padaMu kami Memohon Pertolongan.



Tahniah buat adikku> Radwina Ibrahim (our Lil'li)  :-) well done! Berkat usahanya dapatlah juga 4A, 4B 1C. Ok lah kan berbanding kakaknya ni, bayang "A" pun tak nampak! hehee~ akaun dapat 'A' bah dia..nanti kakak belanja makan seafood di rumah :-D
mesti mak dengan abah gembira, orang tua mana yang tidak gembira bila anak dorang dapat result yang baik kan? ^_^ ya Allah semoga segala kebaikan dan nikmat yang Engkau berikan menambahkan lagi rasa syukur kami kepada Mu. Amin~

Tahun nie banyak benda berlaku diluar jangkaan, Astagfirullah rasa tidak layak untuk menerima semua ini. Inilah ujian nikmat namanya,memang mencabar fizikal dan mental. semuanya unexpected! Allah jualah yang Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita.

Yakinlah dan sentiasa bersangka baik dengan ALLAH. Pasti ada sesuatu untuk kita setelah berusaha dan sabar dengan ujian yang kita terima. 
 Titisan embun pagi,indah bukan? :-)

KEBAHAGIAN MILIK SEMUA melainkan orang-orang yang sentiasa Derhaka kepada Tuhannya!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Insomniac!

2022 ~ Come Back!

.:: Aku anak Laut::.