.

.

Archive for 2012-02

Nota fikir!


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Selawat dan Salam ke atas Nabi junjungan Muhammad S.A.W

Baik! semoga dipermudahkan jalan untuk ke situ, insya'Allah.
Kalau kita mahukan lebih baik tingkatkan kualiti terhadap diri sendiri terhadap semua perkara, termasuklah 'nilai' kita terhadap insan-insan yang berada di sekeliling.maksudnya bagaimana aku boleh bermanfaat kepada orang lain? nampak mudah tapi banyak cabarannya dan paling penting saya rasa adalah soal ketakwaan kita kepada Allah, iya kan? :-)

Keinginan untuk berubah memang sudah lama,tapi prosesnya bukan mudah.
kesukaran menghadapi apa saja yang berada di hadapan,terlalu banyak kemungkinan dan kita sendiri tidak pasti.itulah qada dan qadar yang sepatutnya kita terima.bagaimana menyiapkan diri kearah itu? ya Allah terasa sangat kedaifan ini,Alhamdulillah Dia bagi peluang. berharap, percaya dan bersangka baik pada Nya. insya'Allah hati akan lebih tenang.

Menukar 'kebiasaan' itu kepada 'sesuatu' yang jauh lebih baik. semua itu perlukan usaha yang berterusan, macam yang kita selalu dengar..biar sedikit, yang penting berterusan. 
tapi bukanlah semudah itu kan? apa yang penting KEMAHUAN perlu kuat, biasanya orang sebut 'AZAM" dan sokongan orang-orang yang berada disekeliling kita juga mempengaruhi proses 'hijrah' itu sendiri.

Perasaan sedikit aneh..kadang saya sendiri tidak percaya, saya boleh bercakap sebegini rupa ? :-) uhuhuu.. bab-bab mengayat memang 'failed'. 
Tapi besar sungguh pengharapan ini! ALLAH jualah yang Maha Mengetahui setiap sesuatu!
berpesan-pesan dan beringat untuk bekalan untuk kehidupan seterusnya.

Wallahualam.

Semoga diri kita terus bermanfaat^_^ di Dunia dan Akhirat!




Kerana Hati Badan Binasa


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

^_^ senyum untuk diri sendiri ..untuk anda yang membaca juga.

Assalammualaikum..& salam sejahtera

Sudah lama tidak mencoret apa-apa berita dan cerita disini, menjadikan blog ku bertambah usang, nama pun blog usang! 
blog ini salah satu alternatif untuk aku mengenal diri sendiri dan memahami kehidupan yang serba canggih kini, boleh kenal blogger yang hebat macam anda ..cewaaahhh, saya memang suka bercakap tapi tengok orang dan tempat juga lah kan cuba belajar untuk biasakan diri hidup dalam beretika dan berhikmah macam Rasullah kan ? ;-) ehee..share apa-apa pun yang boleh buat hati orang senang.
dan saya jumpa dunia blog ni. best juga kan ..menulis syok sendiri :-D
tapi itulah..mesti beringat, apa pun yang kita buat semuanya 'dicatatkan'..so sendiri mau ingat, catatan yang baik kah or buruk ? ^_^


Hati oH Hati..
scan hati sendiri..apa khabarnya hari ini?sebab seketul daging ni lah merosakkan seluruh badan. kalau baik hatinya insya'Allah baik jugalah orangnya ..iya kan :-)
itu yang kena jaga 'hati' sebaik mungkin, kalau hati dalam keadaan tidak baik memang tidak baik untuk kesihatan , macam-macam boleh terjadi pada kita. semuanya bakal tidak terkawal.

Kalau kita cuba perhatikan, insan-insan sekelililng kita boleh menerangkan bertapa bahayanya kalau 'hati' ni kalau tidak terjaga.walaupun bukan 'ahli' tapi saya boleh yakin hadis ni terang dan jelas maksudnya..budak-budak pun boleh faham! tidak perlu hurai panjang-panjang pun..kita sudah menilainya sendiri.

 Sabda Rasulullah SAW, “Di dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah manusia tersebut. Sebaliknya, jika jahat daging itu, maka jahat pulalah orang tersebut. Daging itu ialah jantung (hati).” (HR Bukhari dan Muslim).

Ya Allah Engkau lindungilah hati-hati kami. 
berusaha untuk positifkan diri..manusia ni macam2 ragam, termasuklah orang-orang kita sayang kan, so pandai-pandailah handle hati sendiri. bila-bila masa pun mereka-mereka ini menyakiti kita, baik sengaja atau tidak. walaupun sakit sangat..
saya belajar untuk berserah ..pada Mu ya ALLAH. You the only my hope! :-) 

semoga kesihatan hati kita semua terjaga ^_^

tidur lewat pun boleh merosakkan hati dan otak! hehee..

Wassalam



Mencari


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments

Bismillahirahmanirrahim


Kesempurnaan sesuatu memang agak mustahil..
tetapi kita boleh memilih jalan yang terbaik untuk meraih segala impian
cuma perlu sentiasa beringat tiap sesuatu ada ujian yang bakal ditempuh.
kepercayaan ,kejujuran, dan pengharapan terhadap manusia selalu menjadi sia-sia


Kesedihan memang sukar dipadam tanpa kekuatan iman
kepada siapa aku letakkan pengharapan? disitu aku silap..
apabila sudah merasa sakit baru dicari sang kekasih abadi.
tunduk malu pada janji-janji yang terdahulu.


Kini aku kembali lagi, pengharapan sudah diletakkan pada yang selayaknya
semoga hati ini bertemu kepada sang cinta Nya.
Dialah juga Pemilik segala penawar kesakitan dan kedukaan setiap insan.
Hadirlah Cinta pertama!