.

.

Archive for 2010-10

selamat tinggal oktober..


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments



Tidak banyak perubahan bulan oktober ni..

alhamdulillah di tempat kerja naik kedudukan ckit..hehee
banyak suka dan duka..
tapi macam banyak yang sedih crita ku di oktober ni ..cehh..
harap2 bln depan boleh dperbaiki..mesti!!

orang cakap kita belajar dari kesilapan..
kesilapan itu juga yang membuat kita bangkit semula ..
berubah menjadi kepada yang lebih baik..

Di tempat kerja memang ada banyak perubahan..
emm..1st, aku ada kawan kerja baru.perangai sama gila macam aku ahahaha si tasya namanya ..bdk technician baru pla..uhuu pendiam.

Teruk sales bulan ni..
gaji pun sikit..
tapi kami sudah berusaha 
sekadar yang kami mampu
insyaAllah masih ada peluang utk bulan ni
bersyukur apa yang ada ^_^


Esok tidak tau lagi apa yang akan berlaku..
esok tidak tau lagi akan ada lagi kh utk aku..?
apa yang akan berlaku seterussnya kepada kehidupan ini..

Bagi yang kawan2 yang tekun menuntut ilmu..
esok November pn mungkin mereka tidak perasan..
bila lah pula giliran aku sambung belajar..
ke mana lagi lepas ni..

apa2 pun kena tumpukan perhatian kepada tanggungjawab..
sebagai seorang hambaNya kena berusaha mendapat kedudukan yang terbaik disisiNya..
sama ada kita sebagai seorang anak.atau ahli keluarga..
sebagai seorang sahabat atau kawan,
sebagai seorang pekerja kepada bosnya hehee..


WELCOME NOVEMBER..^_^

Kau dan aku berbeza


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments


Kau dan aku sudah berbeza

Dulu kau teman baik ku..
Kini kau tetap yang terbaik untukku..
Tapi aku bukan lagi teman baik mu

Kita sudah berbeza..
Dunia aku hanya di sini..
kau pula berada di tempat yang indah-indah..
bersama teman baru yang cukup mesra

Dulu kita kongsi segalanya..
Kini kau semakin berahsia..
Sehinggakan aku segan untuk meluah ..
Siapalah aku yang tiada apa-apa

Dulu kita berkongsi rasa ..
Tidak kira sakit atau gembira
Kini aku hanya memendam rasa..
Senyap itu lebih untuk kita
Dulu kau cukup jujur dengan aku..
Kini aku rela tidak percaya
Daripada ditipu bermacam helah
Menanggung pelbagai rasa

Tidak apa
Aku sudah mengalah..
Buang rasa tidak percaya
Kembali meraih saat-saat indah..
Tapi aku hampa akhirnya

Aku masih rindukan kau seperti dulu
Tapi hanya memendam rasa..
Aku lihat kau semakin bahagia di sana..
Aku mengundur diri sebagai teman baik mu..

Hapuslah segala kenangan terindah
Tiada lagi suka duka bersama
Kau dan aku sudah berbeza

dari teman mu..



mau juga!!


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments

wahh,.
bestnya tadi p jenguk2 blog orang..
best2..
masih banyak lagi kena study ni ^_^
Ayat dorang memang power2..
Huhh..mungkin blum pandai mengayat kot ..hehheee
nda pa...pelan2 orang cakap..
blog cantik pun nda guna..
kalau tiada isi yang menarik.
yang penting ada pengisian..
boleh dibuat perkongsian..
bermanfaat kepada orang yang membacanya..^_^

memang tidak selesa meluah di blog..
mungkin belum masanya..
cukuplah sekadar perkongsian ilmu , pendapat, dan  cerita hihihi..




TeluR yg Indah ^_^ Unik & KreAtiF


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments


OhHH..no..dah Pecah!!!

Kcian telur telur sekor?sorg?:-D

 Hati -hati...ada kematian !!!
 who is next??
 Ahahaaa...
 Ahahhaa...Ahhh? nape dgn dia???
 Adeiii..sakitnye..
Cantik tak make up kitorang?? 
Jangan bergerak!!! 
 alamak..!!!
hmmmmmmm....nak buli ak ek??

Di mana kedudukan Islam dalam diri kita..??


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments




Melihat kepada diri sendiri..

masih banyak kelemahan dan kekurangan..

yang sedihnya bila melihat saudara seislam
 tidak menjaga agama Allah dengan sebaiknya..
walaupun bukan sebaiknya..
at least berusaha dan perbetulkan apa yang salah di sisiNya..
rindunya sahabat-sahabat yang soleh
 yang sentiasa memberi sokongan dan nasihat..

orang yang berilmu..
belajar tinggi-tinggi..
tapi tidak nampak pun ISLAM itu..
walaupun tidak semua..
hanya segelintir..
tapi sekarang orang yang baik-baik macam boleh dikira bilangannya..


Rasulullah SAW bersabda, “Siapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka hendaknya memperlihatikan bagaimana kedudukan Allah dalam hatinya. Maka sesungguhnya Allah menempatkan (mendudukkan) hamba-Nya sebagaimana hamba itu mendudukkan Allah dalam jiwanya (hatinya).”




Tiada Kekuatan Selain Allah | iluvislam.com + discover the beauty of islam


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments

Tiada Kekuatan Selain Allah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Berita Harian Online | Mohammad nama pilihan di Britain


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments

Berita Harian Online | Mohammad nama pilihan di Britain

Muhasabah diri..


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments

( Orang) yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu memilih dan mengikuti akan yang sebaik- baiknya ( pada segi hukum agama ) mereka itulah orang yang telah diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang yang berakal sempurna
-Surah az-zumar : 18



Aku masih di sini..


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments

Niat hendak sambung belajar masih tertangguh..
kenapa aku masih di sini lagi..Huhh..
cemburunya tengok kawan-kawan yang dah berjaya ke alam universiti..
Semua ni ujian untuk aku..
semoga diberkan kekuatan untuk menempuh segala ujian ..

kalau memang tidak dapat IPTA..
masih ada banyak peluang lain..
sendiri yang kena tentukan..nak belajar tau bekerja...???
IPTS kan banyak..
persoalanya ..mampu kah aku ni...
masih buntuh...


InsyaAllah..Dia yang menggatur hidupku..
ada peluang yang lebih baik menunggu..



posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments




Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)
14. Berkawan dengan ulama'.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)
 DR. FADZILAH KAMSAH | EDITOR: NAADHERAH (iluvislam.com)

Manusia boleh tinggal di planet selamanya.????


posted by BERLINDA IBRAHIM

2 comments

Misi NASA hantar angkasawan ke Marikh




LAKARAN artis menunjukkan Kapal Angkasa Seratus Tahun yang akan menghantar angkasawan menjajah planet lain.



SAN FRANCISCO - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) merancang satu misi berani untuk menghantar beberapa angkasawan dalam satu laluan sehala bagi membolehkan mereka tinggal di planet lain buat selama-lamanya, lapor sebuah akhbar semalam.
Idea itu dikenali sebagai Kapal Angkasa Seratus Tahun bagi menghantar angkasawan menjajah planet lain.
Dalam misi itu, beberapa angkasawan bakal dihantar ke planet seperti Marikh dan mereka mengetahui tidak lagi akan pulang semula ke Bumi.
Pengarah Pusat Penyelidikan Ames milik NASA, Pete Worden menyatakan bahawa pihaknya telah menerima pembiayaan sebanyak AS$1.58 juta (RM4.91 juta) untuk memulakan projek terbabit.
Pasukan penyelidik turut menerima wang tambahan sebanyak AS$100,000 (RM310,850) daripada NASA.
"Kami juga berharap dapat meminta beberapa orang bilionair untuk membentuk satu dana dikenali Kapal Angkasa Seratus Tahun.
"Program angkasa lepas sekarang sangat bermatlamat untuk membolehkan manusia tinggal di dunia lain," kata Worden.
Worden juga memberitahu, dia sudah berbincang mengenai kos penerbangan satu hala ke Marikh dengan pengasas bersama enjin carian Google, Larry Page.
Misi tersebut mungkin melibatkan kos AS$10 bilion (RM31 bilion). Dia menyatakan bahawa teknologi-teknologi baru seperti biologi sintetik dan pengubahsuaian genom manusia boleh diteroka dalam misi terbabit.
Worden mendakwa manusia boleh berada di bulan planet Marikh menjelang tahun 2030. - Agensi




posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments

emmm..sapa nak jd geng??hehe

Bingung...


posted by BERLINDA IBRAHIM

2 comments

ahahahaa...

lucu pla..ni first time buat blog sendiri..
xtau nak buat apa..
nak cari sifu blogger ssh sgt..
hurmmm...

hentam je lh labu..
bljr sikit2...lama2 jd bukit..pastu jd gunung pla..heheee
ntah sapa lh tgk blog buruk ni ^______^

tunjuk  ajarku sifu...where r u..???