.

.

Archive for 2012-12

Nota untuk GAZA


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments

Assalammualaikum warahmatullah..

Semoga kebaikan dan ketenangan milik kita semua, InshaaAllah.. Alahmdulillah hari ini mencuri sedikit masa untuk mencoret sesuatu setelah lama hanyut dalam dilema sendiri :-)  Mari kita sama-sama mohon pada Allah agar sentiasa diberi hidayah dan perlindungan menjalani liku-liku kehidupan. Hidup ini mencabar bukan? tetapi saudara kita di Palestin? saya cuba untuk berdiaolog sendirian..ya Allah besarnya ujian mereka, hidup mereka lebih mencabar apalah sangat jika dibandingkan dengan kami di sini.Mari muhasabah diri kita..

Inilah selemah-lemah iman yang kami pertahankan. 

Disini.. masih ada lagi yang tidak puas melayan nafsunya..
Makan minum seperti tidak pernah cukup,
hidup seolah-olah diberi hanya untuk bercinta,
bebas menjajah hati kebanyakan daripada kita, 
lebih suka " dating" ditemani syaitan laknatullah,
bahagia dalam bercinta kononya, walhal hari-hari mengumpul dosa!
kalau dikejar dunia ,memang kita tidak akan pernah puas sampailah hembusan nafas terakhir. Beringat-ingatlah..



Ya Allah janganlah palingkan hati-hati setelah Engkau berikan kami Hidayah~

Entah kenapa aku semakin sensitif dengan perkataan "couple" 
terbawa-bawa oleh perasaan sendiri, Astagfirullahalazim...
fikir PALESTIN VS kisah cintan cintun di disini.
"Do you know what i'm trying to say"??? Huhh.. it's really bad feeling.
positive thinking BERLINDA IBRAHIM.

Mungkin sebab apa yang aku lihat dan dengar disini. semuanya tentang keruntuhan akhlak dan rosaknya iman saudara-saudaraku sendiri. Malu pada diri sendiri :'( 
semoga kita menjadi hamba yang taat dan sentiasa bermuhasabah dengan kelemahan diri sendiri.  Maka bertuahlah sesiapa mereka yang sentiasa berdamping dengan orang-orang soleh~

Apalah fikir mereka? saudara kita di palestine jikalau mereka tahu hakikat sebenar rakyat malaysia yang diagung2kan di sana? Mungkin bukan semua.. tapi yang ada pun hanya sedikit.

Ya Allah iman kami tidak setimpal iman hamba Mu di Palestin,
Bantulah kami untuk tetap dalam ISLAM yang sempurna,
Berikan kekuatan dan kemenenangan kepada saudara-saudara kami di PALESTIN.
Bantulah kami yang telah leka dalam dunia sendiri, bangkitkan semangat juang kami seperti mana tentera -tentera Mu di Gaza. Semoga kami sedar dan menghargai kebahagian dan keamanan pada hari ini~ Amin ya Rabb