.

.

Archive for 2013-02

Mari Positifkan diri~


posted by BERLINDA IBRAHIM

No comments

Assalammua'alaikum warahmatullah ~ Salam sejahtera kawan2 ^_^

Semoga semuanya sihat-sihat belaka, InsyaAllah .. cuba untuk bermonolog disini, tajuk entri pun belum buat lagi, (tengah cari idea lah ni ) ^_^

Mood agak santai malam ini, rindu mengarang sebenarnya :-) sebentar tadi sempat blogwalking, Alhamdulillah dapatlah sedikit ilmu untuk membuka hati dan minda, berkongsi ilmu dan pengalaman adalah sesuatu yang sangat berbaloi untuk mendidik hati dan minda kita sentiasa segar dan berfikiran positif.

..ok dah jumpa tajuk entri :-)

Positifkan diri dengan Keindahan alam ~

Ok, bercakap soal positif , Ini pendapat saya yaa..pendapat dan komen pembaca amatlah dialu-alukan disini, walaupun bilangan pengunjung blog ini boleh dikira dengan jari hehee~ 
rasanya semua orang ada teknik sendiri bagaimana untuk positifkan diri kan? Almaklumlah orang sekarang ni semua advance + educated! Up to date lah katakan. Ayat-ayat marketing kena power!  

Matlamat apa yang kita ingin fokus sebenarnya? "MATLAMAT"  itu yang selalu membuatkan orang positif, (kadang2 positif tidak bertempat) ha ha ha :-D macam penjenayah tu~ main redah saja,yang penting masyukk~ adeii... positiflah sangat kan..!! "kami tidak gentar setakat senapang pakcik security tu" amboii.. buat dialog sendiri nampak berr..iyalah kan, kalau difikirkan penjenayah2 diluar sana sangat "positif" kan? 

Seorang pakar motivasi kekayaan Malaysia~ siapa tidak kenal Dr.A yang terkenal dengan semangat BERANInya..dia pernah cakap kalau kita ingin berjaya kita kena buang segala fikiran2 negatif yang ada dalam diri kita, supaya aura2 positif tu sentiasa bersama kita dan seterusnya menyebarkannya dan menjadi magnet kepada orang lain untuk positif juga.~ maka rezeki pun bertambah2 :-) Huh..panjang lebar menghurai..nampak sangat "kurang" pandai kan..hehee~ itupun rasa panjang :-D 

Untuk positif sepanjang masa memang sukar, tapi dengan pembentukan peribadi yang baik , ia boleh menjadi lebih mudah. macam mana? kenalah jadi orang yang sentiasa taat kepada Tuhannya, dalam ibadah dan amanahnya. betul bukan? orang-orang mukmin yang berjaya hidupnya penuh dengan hati ketuhanan, kerendahan hati dan keimanan. 

Inspirasikan diri kita dengan dengan bahan-bahan bacaan yang bermanfaat, selain itu boleh bertanya dan mendengar perkongsian orang-orang yang berjaya disekeliling kita. tidak kisahlah siapa dia, latar belakangnya yang penting setiap orang daripada mereka pasti ada rahsia kejayaan sendiri. contohnya dalam akademik, kerjaya, agamanya, personaliti, keluarga dan banyak lagi. Setiap manusia pasti ada kelemahan dan kekurangan masing2, belajar sesuatu daripada "kosong"! jadi peluang untuk berjaya itu akan lebih terbuka^___^ Kalau kita mengharapkan kesempurnaan memang tiadalah jawabnya~ tetapi kalau kita inginkan yang "lebih baik" insyaAllah pasti ada sesuatu untuk kita. Bak kata pepatah "Dimana ada kemahuan Disitu ada Jalan" :-)

Setakat ini saja coretan positif dari saya ~ I'am positive thinker ^_^

Semoga kehidupan kita semua lebih bermakna dan terus mendapat keredhaan Nya~ Aminn 

Mencari Makna ~


posted by BERLINDA IBRAHIM

2 comments

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


Assalammualaikum warahmatullah, Salam Sejahtera~

Tercari-cari entri sebenarnya, apa yang bagus untuk cernaan minda namun ada sesuatu mengetuk minda, sejak semalam panjang lebar pula bersyarah dengan seorang sahabat. tiada topik yang lebih spesifik tapi kami berkongsi sesuatu yang jarang mendapat perhatian hati dan minda kita, selalunya lah.. 

Almaklumlah kalau bercerita soal keperluan dunia sampai bila pun tidak habis, pokok pangkal ceritanya kita tidak tahu dimana bermula. Mendengar kisah sahabat yang baru melalui proses "penghijrahan" Alhamdulillah Allah permudahkan jalan dan bukakan pintu hatinya. Tumpang gembira :-) dia bertanya " kamu tidak tahu apa dalam hati saya, cuma saya perlukan sokongan dan motivasi untuk lebih kuat"

Saya cuma berkata " Tidak semua apa yang kita inginkan di dunia ni kita boleh capai semua, tapi kita boleh usaha dan seterusnya bertawakal dengan ALLAH" setelah itu segala ketentuan yang ALLAH berikan kepada kita, hendaklah kita berserah kepada NYA. Sama ada baik atau tidak itulah tarbiyah Sang Pencipta untuk hambanya. kadang kita sendiri tidak sedar dengan nikmat yang ALLAH bagi. Kufur nikmat sangat familiar  dikalangan kita ni kan? tepuk dada tanya iman~

"MAKNA"
Setiap insan ada Hak dan Peluang untuk merasa BAHAGIA~

setiap orang pastinya berbeza matlamat dan prinsip hidupnya tersendiri,baik dalam kerjaya, peribadi, dan kehidupan itu sendiri yang cukup luas untuk ditafsirkan. Sesetengah orang dengan adanya kekayaan dan kemewahan yang dia kecapi sudah cukup untuk memberi makna dalam hidupnya. ada pula orang cukuplah dia memiliki sesuatu yang dia benar-benar inginkan seperti "kekasih" , isteri, suami, anak dan mempunyai keluarga sendiri sudah cukup untuk buat hidup bermakna! Macam-macam lagi tafsiran kita dalam mencari makna. Kadang kecemerlangan akademik itu sendiri kita jadikan ukuran kejayaan seseorang dan makna hidupnya, walhal itu bukan ukuran manusia disisi Tuhannya, iya bukan?

Masih segar dalam ingatan kata-kata motivasi daripada Prof.Muhaya lebih kurang macam ni katanya "Orang yang mengejar cita-cita, kejayaannya tidak akan kekal lama, Tapi orang yang mengejar Makna dalam hidupnya, pasti akan sentiasa rasa tenang dan bahagia, baik di dunia mahupun disisi Tuhannya"

Waraskan fikiran dan bisikan ke dalam hati kita, selama ini saya berusaha untuk apa sebenarnya~ sudah tentulah untuk mencapai sesuatu yang boleh membahagiakan diri kita dan orang-orang yang kita sayangi + orang yang dicintai. Cuma kita selalu lalai dan lupa mencari "makna" untuk hidup disisi ALLAH. semuanya berpaksikan kesenanagan dunia semata-mata. Ramai yang membutakan mata hatinya hanya untuk kebahagian dunia yang SEMENTARA!

Syukur, Terima Kasih ALLAH. kepada kita yang masih celik mata hati dan jiwa.

Untuk mengekalkan aura-aura positif dan sifat "selalu bersyukur" tidak mudah tanpa usaha yang berterusan. Kena lagi kalau kita bergaul dengan orang yang tidak tentu, hati mudah rosak dan minda pun terikut sama. Suka mencari titik perbezaan, Wallahualam .. itu pentingnya kita ini berkawan dan bersahabat dengan siapa?  

Ketenangan itu dicari bukan ditunggu~

"HARAPAN"

Macam mana pun bentuk kehidupan yang kita lalui sekarang susah senang kita tempuh jua, sinar harapan itu pasti ada. ALLAH itu Maha Pengasih dan Maha Kaya, sabarlah kunci segala sesuatu. Maka berbahagialah orang-orang yang tinggi sifat sabarnya. Islam sudah sediakan peta kehidupan untuk kita, " Amal ma'ruf nahi munkar".

Jangan pernah berhenti berharap, ALLAH kan ada, rezeki , kebahagian, ketenangan itu semuanya datang daripada DIA. tiada yang mampu menghalang segala sesuatu yang ditetapkan untuk kita. 

HARAPAN ... Untuk Palestin MERDEKA! Dengan Izin ALLAH.

Apa-apa pun harapan kita dunia mahupun akhirat, letakkan ia ditempat sewajarnya, jangan meletak 'harapan' pada sesuatu yang kita sendiri tidak pasti, itu lagi menyakitkan!

Semoga kita sentiasa dalam Lindungan dan Rahmat ALLAH.