.

.

Archive for 2013-01

coretanku


posted by BERLINDA IBRAHIM

1 comment

Dengan Nama Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Assalammualaikum warahmatullah ~

Menjana idea disini , otak seakan-akan sudah lama beku hanya fokus exam saja. Allahuakbar.. lama lagi perjalanan hidup ku ..iya kah? perasaan ku saja yang masih muda.
Apa khabar orang di sana? semoga sihat hendaknya... ~_~ semoga kita semua dalam Lindungan Allah sentiasa. Sihat tubuh badan tidak semestinya sihat hatinya bukan? mari sama-sama audit diri ~ Bermuhasabah.

Alhamdulillah ~ tinggal 2 kertas lagi untuk final exam. Mood balik kampung huhuu~ mahu balik ke mana, sini-sina juga kau Berr.  teringin juga balik kampung jauh-jauh. nasiblah kampung dekat saja, setiap sesuatu pastinya ada hikmah kan? bukan semua orang suka duduk jauh-jauh daripada orang tersayang kan. lebih-lebih mak dengan ayah kita kan.

sudah lama tidak mencoret apa-apa disini, blogku bertambah usang. tidak tahu apa sebenarnya yang ingin dikongsikan. kisah hidupku tertalu peribadi untuk dikongsi disini. daripada mula berjinak-jinak dengan dunia blog , saya sudah pasang satu niat. biarlah setiap catatan yang ada dalam blog ni memberi seribu satu makna dan menjadi sebuah memori yang indah untuk kenang kembali. chewahhh~ ayat..

yang paling penting adalah "NIAT" , jangan sampai tersasar. InsyaAllah dengan keyakinan tinggi pada yang Maha Kuasa. segalanya pasti akan bertukar indah. yang sedih akan gembira, yang gagal akan berjaya, yang buruk itu akan jadi baik jua akhirnya. setiap insan ada hak untuk merasa bahagia dan bahagia paling utama , tenang disisi Tuhannya  . Allah itu seperti sangkaan hambanya, so Bersangka baiklah dalam apa jua perkara, perlukan usaha dak latihan setiap masa. InsyaAllah kita akan rasa keajaibannya. 

Semoga kita semua berada dalam Rahmat dan Hidayah ALLAH. Amin ya Rabb.

Wassalam