Gembira:)

Assalammualaikum warahmatullah

I'm back :) blog usangku bertambah lagi usang terbiar macam tu saja, tanpa sebarang pengisian dan perkongsian. tiada idea, dengan emosi yang tidak tentu arah urusan dunia yang tidak pernah ada hentinya. rindu sangat 'blogging'. 

Biarlah syok sendiri:-D yang pasti kita semua "HAPPY". Ramadan berlalu , syawal pun beransur pulang , aisehh.. ayat!! banyak sangat idea di kepala ni sampai susah nak mengarang mana satu. hehee~ selalu buka blog , tapi setiap kali nak tulis sesuatu, 'tergantung' begitu saja.

Cuti semester hampir 3bulan dan tinggal seminggu lagi untuk menghabiskan cuti. sepanjang cuti jadi suri rumah sepanjang masa, nampak mudah tapi mencabar emosi. itulah hakikatnya..walau apa pun kita kena bersangka baik, dan berfikir secara positif. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan. Allah yang Tahu apa yang terbaik untuk kita. 

Sesiapa pun yang menyakiti kita, kita cuba dan usaha untuk redha.Mungkin kita tidak boleh mengubah mereka tapi diri kita boleh berubah. Memang bukan mudah tetapi kita boleh belajar dari bawah, sekecil mana pun usaha kita ianya sudah cukup untuk memulakan satu titik perubahan yang positif dalam diri sendiri ^_^ 

" Percaya pada diri mu"

Sebarkan kegembiraan dan saling mengingati 






Ulasan

tajnur berkata…
Assalamualaikum wbt
Masa begitu pantas berlalu. Sedar tidak sedar usia kita telah dikikis waktu tanpa banyak perkara yang dapat dilakukan. Apatah lagi hidup dizaman yang banyak membazirkan waktu dgn perkara2 yang tidak bermanafaat bagi Islam. Surah AzZumar:53 قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَ‌فُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّ‌حْمَةِ اللَّـهِ Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah membazirkan(waktu) terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.

Jangan berputus-asa w/pun dibebani dgn pelbagai kerja dan program2 yang menyibukkan diri kita. Mesti ada jalan keluar bagaimana untuk mengatasinya dgn memilih kerja2 utama (wajib) dahulu. Orang mukmin mengutamakan perintah2 yang wajib dahulu disebabkan kesuntukan masa. Surah AzZumar:18 الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّـهُ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.
Sedar tidak sedar juga, kita telah jauh dari kefahaman AlQuran sebagai petunjuk hidup kita. Sehinggakan AlQuran tidak menjadi kaitan dalam hidup kita masa kini. Inilah program orientalis yang menyibukkan diri kita. Maka Allah SWT mengingatkan kita jgnlah seperti Ahlil Kitab apabila telah jauh jarak diantara denga Nabi2 mrk, maka jantung2 mrk telah menjadi keras. Nau`uzubillah. Surah AlHadid:16 وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ‌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.
Wallahualam

Catatan popular daripada blog ini

Insomniac!

Ruang waktu::.